Monday, May 4, 2015

BUKU MOTIVASI USAHAWAN UNTUK ANDA, AKU PASTI BERJAYA!!!

BUKU MOTIVASI USAHAWAN
SPECIAL GIFT KPD 200 PEMBELI AWAL

Pakar psikologi ada membuat kajian berkenaan orang-orang yang berjaya di bidang sains, arkitek dan para pencipta. Dari bangku sekolah lagi, mereka ini sudah menunjukan personaliti yang bebas. Semua suka mencari masalah-masalah sendiri dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa di arah oleh orang lain.
Anda nampak tak keistimewaan mereka?
#tipsusahawanhebat #generasiusahawanhebat
dapatkan buku #akupastiberjaya #5rahsiamembinasejarahkejayaandiri
nukilan saya #shaifulanuarsulaiman
harga promosi rm20.00
email shaifulanuars@gmail.com
watsapp #0193291967

Wednesday, December 15, 2010

PELUANG UNTUK PELAJAR MISKIN DI UNIVERSITI ANTARABANGSA MADINAH

Yayasan Universiti Antarabangsa Madinah menawarkan sejumlah 770 tempat untuk pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Madinah cawangan Malaysia. Kelulusan STA diperlukan. Golongan berpendapatan rendah diutamakan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Yayasan Universiti Antarabangsa Madinah, Ust Dato' Nazry @ Bahrudin Abd Rahman, 019-3578811.

Tuesday, September 1, 2009

Perhebatkan penyelidikan khasiat lintah


KETIKA penternak lintah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai juga yang ragu-ragu dengan bidang penternakan haiwan eksotik yang semakin popular itu.
Ada yang mendakwa sukar untuk dipasarkan dan tidak mempunyai kilang untuk memproses lintah sebagai produk hiliran.
Semua ini tidak mematikan semangat sekumpulan penternak lintah untuk mewujudkan Persatuan Usahawan Industri Lintah Malaysia (Pelintah) bagi memajukan industri lintah negara.
Pelintah yang ditubuhkan pada November tahun lalu telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada Mac tahun ini.
Yang Dipertuanya, Mahadzir Md Zin berkata, buat masa ini Pelintah mempunyai lebih 350 orang ahli yang terdiri daripada penternak, pemborong, pengusaha dan peruncit.
"Buat masa ini, Pelintah menyasarkan mempunyai ahli sehingga 10,000 penternak.
"Pelintah juga merupakan persatuan yang diiktiraf di bawah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya.
Beliau menerangkan terdapat lebih 600 spesies lintah di seluruh dunia tetapi antara tiga yang terbaik terdapat di negara ini.
Terdapat dua spesies lintah tempatan yang mendapat pasaran dunia iaitu lintah hijau dan lintah perang. Bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan lintah, Pelintah sedang cuba mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan.
Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati dan diiktiraf oleh semua masyarakat tempatan dan secara global.
Sehingga kini lintah banyak digunakan dalam perkhidmatan terapi, produk kecantikan, bahan anti-penuaan dan rawatan alternatif seperti bekam.
Mahadzir berkata, bekam dan terapi lintah telah lama digunakan di luar negara dan buat masa ini Pelintah telah mula membuat penghantaran lintah ke luar negara bagi tujuan terapi.
Buat masa ini, Pelintah dalam perancangan menjalankan kajian dengan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi terapi perubatan serta klinikal.
Misalnya kajian mengenai lintah untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan kecil, kosmetik serta dalam bidang pertanian.
"Kajian menunjukkan lintah mempunyai banyak hormon berguna serta 16 jenis enzim yang berguna," katanya.
Bagi penternak persendirian yang berminat mendapatkan maklumat, sila email kepada sascyber@hotmail.com untuk sebarang penerangan lanjut.

Tuesday, August 4, 2009

Bekalan Gula Di Selangor Mencukupi: Elizabeth

SHAH ALAM, 4 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa bekalan gula adalah mencukupi di negeri ini menjelang musim perayaan.
Jabatan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor memberi jaminan tiada krisis bekalan gula sepertimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Demikian kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.
Justeru, diingatkan supaya rakyat di negeri ini tidak berasa khuatir dan bimbang kepada khabar angin mengatakan bekalan gula tidak mencukupi khususnya ketika menyambut bulan Ramadhan dan pesta Kuih Bulan dalam masa terdekat ini.
Sehubungan itu, sekiranya penduduk Selangor mengalami sebarang rintangan untuk mendapat bekalan gula, sila hubungi pejabat tempatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di daerah yang berkenaan:
Gombak: 03-61863653
Kuala Selangor: 03-32896585
Kajang: 03-87331070
Sepang: 03-87065067
Kuala Kubu Bahru: 03-60642495
Shah Alam/Klang: 03-55107426
Petaling Jaya: 03-79547427

Wednesday, June 3, 2009

Teknologi beku sel sperma ikan


SPERMA SEJUK BEKU DIKELUARKAN DARIPADA BEKAS NITROGEN CECAIR.
Bidang akuakultur menjanjikan suatu yang lumayan bagi mereka yang berminat menceburinya dengan syarat mempunyai kemampuan modal, pengetahuan dan mengetahui strategi untuk menakluk pasaran.
Tambahan pula bidang tersebut yang dahulunya popular sebagai ternak air sudah menjadi aktiviti ekonomi sejak sekian lama di negara ini.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), akuakultur disenaraikan dalam Projek Berimpak Besar (HIP) menerusi Zon Industri Akuakultur (ZIA) dengan komoditi utamanya seperti udang, ikan, udang laut, kerang-kerangan dan rumpai laut.
Daripada segi penyumbang berasaskan komoditi, ikan air tawar merupakan yang kedua terpenting selepas kerang-kerangan.
Pada tahun lalu kira-kira 96,000 tan metrik ikan air tawar bernilai RM485.6 juta dihasilkan oleh kira-kira 23,926 penternak membabitkan 17,000 hektar kawasan ternakan.
Jumlah tersebut merupakan 23 peratus daripada pengeluaran akuakultur atau enam peratus daripada keseluruhan 1.545 juta tan metrik dan spesies utama yang diternak ialah tilapia, keli, patin, kap cina.
Dengan peningkatan perkapita akuakultur meningkat daripada 3.3 kilogram (kg) pada 1985 kepada 7.9 kg pada 2005, angka tersebut sepatutnya menjadi satu khabar gembira kerana secara tidak langsung, industri tersebut menunjukkan sedang bergerak ke arah yang lebih positif.
Namun di sebalik beberapa kejayaan industri akuakultur khususnya spesies ikan air tawar, masih banyak kekangan untuk menjadikannya benar-benar berdaya maju.
Satu daripada masalah utama ialah kekurangan benih ikan air tawar terutama spesies-spesies yang popular di kalangan penternak.
Ini dapat diketahui daripada keluhan penternak berhubung masalah tersebut.
Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pembangunan bidang akuakultur, Jabatan Perikanan telah mengambil beberapa langkah sebagai respons kepada rungutan pengusaha yang kekurangan benih ikan dan satu daripadanya ialah memanfaatkan teknologi pembiakbakaan.
Sebagai contoh, teknologi pengkrioawetan sperma yang berupaya menyimpan sel sperma untuk jangka masa panjang adalah wajar dikembangkan dalam sektor perikanan.
Pengkrioawetan sperma iaitu teknologi penyimpanan sperma dalam suhu lampau sejuk dalam cecair nitrogen (-196 darjah Celsius).
Menerusi teknologi ini, kemandirian sel sperma masih dapat dipelihara untuk jangka masa panjang, dengan penyelenggaraan yang betul dan mantap.
Teknologi pengkrioawetan bukan sesuatu yang baru dalam sektor pertanian dan penternakan khususnya haiwan ruminan, tetapi ia adalah sesuatu yang baru dalam perikanan di Malaysia.
Teknologi ini amat berguna dalam pembangunan repositori germplasma (bank sperma) bagi spesies terancam dan juga untuk pembangunan akuakultur secara lestari.
Teknologi tersebut telah dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT) Glami Lemi, di Jelebu Negeri Sembilan sejak 2006 dengan kerjasama Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Pahang.
Kajian tersebut dimulakan oleh Pegawai Penyelidik PPPAT Glami Lemi, Chew Poh Chiang dan Zulkafli Abd. Rashid dari pusat tersebut.
Menurut Poh Chiang, pengkarioawetan sperma merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan di bawah program penyelidikan RMK-9 pusat tersebut.
Penyelidikan telah dilakukan dalam ikan temoleh dan kelah pada 2007 dengan berjaya membiakkan kedua-dua spesies daripada sperma yang telah disimpan secara krioawet selama lima bulan.
"Kejayaan ini cukup memberangsangkan dan juga menandakan selangkah lagi Jabatan menuju ke arah untuk mewujudkan bank sperma krioawet dalam konteks pemuliharaan spesies terancam kepupusan secara ex-situ,'' katanya ketika ditmui pada majlis perasmian PPAT Glami Lemi di Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Rohani Abd. Karim. Turut hadir Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub.
Sehingga ke hari ini, percubaan pembiakan ikan dengan sperma krioawet telah dilaksanakan enam kali dan empat kali masing-masing bagi temoleh dan kelah sejak November 2007.
Kini hasil kajian masih mendapati keupayaan persenyawaan telur oleh sperma krioawet bagi kedua-dua spesies adalah lebih rendah berbanding menggunakan sperma segar. Begitu juga dengan peratus penetasan telur.
Namun begitu, peratus persenyawaan dan penetasan telur oleh sperma krioawet telah meningkat sebanyak sepuluh kali ganda berbanding hasil kajian awal pada 2007.
Oleh itu, keupayaan sperma krioawet menghasilkan benih temoleh dan kelah merupakan pencapaian yang cukup membanggakan.
Walaupun dengan peratus persenyawaan telur dan penetasan yang lebih rendah, benih yang dihasilkan oleh sperma krioawet adalah sihat dan menunjukkan perkembangan dan tahap keaktifan yang tiada bezanya dengan benih yang terhasil daripada sperma segar.
Dengan kejayaan tersebut, pusat tersebut lebih yakin dalam usaha pembangunan dan aplikasi teknologi pengkrioawetan sperma ikan untuk pemuliharaan spesies ikan terancam dan juga kemajuan industri akuakultur.
Sebagai gambaran awal, kajian tersebut mempunyai prospek cerah dan kajian akan diteruskan dan difokuskan dalam mempertingkatkan peratus persenyawaan dan penetasan telur menggunakan sperma krioawet sehingga mencapai yang setanding dengan penggunaan sperma segar.
Ikan kelah dan temoleh merupakan spesies ikan yang dikaji oleh PPPAT buat masa ini. Spesies yang akan dikaji pada masa hadapan ialah patin buah, tengalan dan kerai.
Sementara itu menurut Zulkafli, setakat ini peratus kejayaan ialah 36 peratus dan apabila mencapai 45 peratus, pihaknya boleh menawarkan sperma tersebut kepada penternak.
"Penternak perlu berkursus dengan kami dulu bagaimana menggunakan sperma ikan ini," katanya.

Tuesday, May 5, 2009